Pekeliling UniMAP : PINDAAN WAKTU BEKERJA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1434 HIJRAH BERSAMAAN 2013 MASIHI

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Naib Canselor telah meluluskan pindaan waktu bekerja untuk staf UniMAP sepanjang bulan Ramadhan 1434H. Pelaksanaan pindaan waktu bekerja bagi seluruh warga UniMAP ini  berkuatkuasa  mulai  1 Ramadhan 1434H dan akan tamat pada  hari terakhir bulan Ramadhan 1434H seperti tetapan berikut :

 

 Hari Waktu Bekerja   Waktu Rehat Waktu Bekerja 
 Isnin - Khamis  8.00 pagi - 1.15 tgh  1.15 tgh - 2.00 petang  2.00 petang - 4.45 petang
 Jumaat  8.00 pagi  - 12.15 tgh  12.15 tgh - 2.30 petang  2.30 petang - 4.45 petang

 

3.   Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :-

  

  • 3.1. Mana-mana Ketua Jabatan adalah dibenarkan untuk mengarahkan kakitangan masing-masing untuk bertugas selepas waktu bekerja yang dipinda ini sekiranya terdapat keperluan mendesak.
  • 3.2. Waktu bekerja yang dipinda ini hendaklah tidak menjejaskan jumlah waktu bekerja iaitu 45 jam seminggu seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  • 3.3. Ketua Jabatan haruslah memastikan semua staf di Jabatan/PTj masing-masing mematuhi dan menepati waktu bekerja sempena Bulan Ramadhan 1434H/2013M ini.
  • 3.4. Pegawai Pentadbiran haruslah memantau kedatangan staf di jabatan masing-masing agar operasi dan pengurusan berjalan dengan lancar dan tidak menjejaskan mutu perkhidmatan dalam tempoh pindaan waktu bekerja sempena bulan Ramadhan 1434H/2013M

 

4.  Pindaan ini adalah atas pertimbangan dan keprihatinan YBhg. Datuk Naib Canselor untuk memberi peluang kepada semua kakitangan universiti membuat persiapan berbuka puasa disepanjang bulan Ramadhan 1434H. Semua staf diwajibkan mematuhi pindaan waktu bekerja ini. Kegagalan YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk mematuhinya, keistimewaan ini akan ditarik balik pada masa akan datang  jika Pentadbiran ini menerima laporan ketidakpatuhan waktu bekerja oleh staf di Jabatan masing-masing.

Tanya KKP @ Twitter

Pusat Bantuan

Bagi sebarang urusan rasmi, sila berurusan terus di :
No.1 Blok D UniMAP Taman Pertiwi Indah
Jalan Kangar-Alor Setar 01000
Kangar Perlis

Tel : 04-979 8411 Faks : 04-979 8351