Pada 21 hingga 22 November 2017, Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Unit Latihan, Jab. Pendaftar dengan jayanya telah mengadakan Kursus Hygien Industri (Prinsip Asas dalam Penjagaan Kesihatan di Tempat Kerja). Penceramah jemputan Ir. Nimi Ahmad merupakan seorang ketua perunding di Perunding Nimi/ IH Consultant Kuala Lumpur dan pernah menjawat jawatan Penolong Pengarah DOSH selama 14 tahun. Bidang pengkhususan beliau adalah Pengukuran & Pemantauan Prestasi, Kawalan Persekitaran, Pelabelan Peraturan Kimia Berbahaya 1997, Pengendalian Bahan, Permit ke Sistem Kerja dan banyak lagi.

Objektif kursus ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan peserta mengenai hygien industri. Di samping menilai amalan kerja dan teknik kawalan kejuruteraan untuk pencegahan penyakit. ia juga turut mendedahkan cara mengenalpasti bahaya kesihatan dalam tetapan pekerjaan. Kursus ini turut membuka peluang kepada peserta untuk mengenalpasti langkah-langkah kawalan tertentu berdasarkan pendedahan serta menentukan kesan fisiologi dan toksikologi pendedahan kepada bahaya di tempat kerja.

Seramai 19 peserta telah berjaya menghadiri kursus yang dijalankan. Terima kasih kepada Ir. Nimi dan para peserta!!!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada En. Marsyidi Marzuki di atas segala khidmat bakti dan perkhidmatan yang cemerlang yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Seluruh warga UKKP mengucapkan terima kasih diatas prestasi cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan di UKKP. Justeru pihak UKKP sentiasa mendoakan kecemerlangan walaupun dimana jua beliau berkhidmat. Hanya Allah sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti dalam bersama berganding bahu menggerakkan UniMAP amnya dan khususnya Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Semoga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin akan terus berkekalan. Selamat maju jaya diucapkan.

“Pastikan raya anda selamat ketika pulang beraya”

 

  1. BARANG
  • Jangan tinggalkan wang tunai dan barang berharga di dalam rumah
  • Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki, dalam rak kasut di luar rumah.
  • Pastikan semua suiz telah dimatikan.
  • Pastikan semua plug peralatan elektrik dicabut dari sumber elektrik.
  • Pastikan tong gas anda telah ditutup
  • Bawa barang-barang yang penting sahaja
  • Beg dikemas dengan baik untuk penjimatan ruang.
  • Pastikan segala dokumen perjalanan/tiket telah dibawa bersama.

 

  1. KERETA
  • Pastikan kereta anda telah diservis dengan baik.
  • Pastikan minyak mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
  • Patuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan keluarga dan orang yang tersayang
  • Patuhi had kelajuan
Read more: SENARAI SEMAK BALIK KAMPUNG

Seluruh warga UKKP dan UniMAP dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada Kerabat Diraja Kedah di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya seluruh warga UKKP mendoakan semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Pengenalan

Rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti.

 

Cara Jangkitan

Rabies merebak melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

 

Tempoh Pengeraman

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabies hingga timbul gejala.

 

Tanda Klinikal/Simptom

  • Demam
  • Radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)
  • Hidrofobia (Takut air)
Read more: RABIES

Masihkah anda ingat akan Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi? Mereka adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia akibat penyakit kencing tikus. Mungkin sebelum ini jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya penyakit ini bukan lagi asing dalam kalangan penduduk negara ini.

 


Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung. Berikutan bencana hujan lebat bermusim dan banjir yang melanda baru-baru ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada terdedah kepada air banjir dalam tempoh yang lama atau kerap bagi menghindari virus ini. Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Hafizan Juahir berkata, air banjir adalah air yang tercemar dengan pelbagai bakteria seperti E-coli dan kolifom. Beliau menasihati orang ramai supaya sisa makanan dan sampah sarap dibersihkan dan diletakkan di dalam bekas tertutup kerana ianya menjadi tarikan kepada binatang pembawa penyakit seperti tikus, anjing dan haiwan liar untuk datang ke persekitaran rumah, terutama di kawasan terjejas banjir,"

 

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit bakteria pembawa maut disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan lain. 

 

  •          Punca

Penyakit kencing tikus berpunca dari bakteria Leptospira yang disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti. Antarnya tikus dan haiwan domestik seperti kucing, anjing, khinzir dan lembu yang menjadi reservoir utama bagi bakteria ini. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.

 

  • Faktor risiko

Risiko Pekerjaan- petani, penternak/peladang, pekerja penyembelihan, veterinar, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera

Aktiviti Rekreasi (kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain)- berenang, berkayak, berkelah, berbasikal di laluan denai, berkanu, mandi manda.

Risiko Kawasan Rumah/Tempat Kerja- rumah yang kotor, premis kedai yang kotor, binatang peliharaan, ruang perangkap air, terusan, longkang atau kawasan peliharaan ternakan yang berlumpur (seperti ladang ternakan)

 

  • Cara Penyebaran

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut yang masih lembab.

 

  1. Bakteria ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.
  2. Menelan, meminum atau pendedahan kepada air dan makanan yang tercemar dengan kencing haiwan terjangkit.
  3. Haiwan seperti lembu, anjing dan kucing, mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit.
  4. Tersebar melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
  5. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria.

 

  • Simptom
  1. Demam dan menggigil
  2. Sakit-sakit otot dan tulang (Mialgia)
  3. Sakit kepala dan tekak
  4. Loya, muntah dan cirit-birit
  5. Batuk tidak berkahak
  6. Mata merah (radang selaput mata)
  1. Ruam, demam kuning (Jaundis)
  2. Kegagalan ginjal
  3. Kerosakan buah pinggang
  4. Masalah pernafasan (Dispnea)
  5. Radang selaput otak (Meningitis)
  6. Menyebabkan kematian

 *Nota: Setiap pesakit mungkin akan mengalami simptom yang berbeza atau tiada. Pesakit akan menunjukkan gejala dalam tempoh 2-26 hari.

 

Segera dapatkan rawatan perubatan kerana kelewatan boleh mengakibatkan risiko kematian.

 

  • Rawatan awal

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotic tertentu. Rawatan awal dengan antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan (seperti tentera, petugas penyelamat, dan lain-lain). Walau bagaimanapun, nasihat doktor perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis.

 

  • Langkah pencegahan:
  1. Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung seperti sungai, kolam dan kawasan banjir
  2. Elakkan berhubung atau bersentuhan dengan haiwan yang berisiko terjangkit.
  3. Pakai pakaian dan peralatan perlindungan dengan betul seperti sarung tangan, penutup hidung dan mulut ketika mengendali haiwan terjangkit atau pekerja yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti.
  4. Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline atau antibiotic prophylaxis boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
  5. Minum atau guna air yang telah dimasak hingga mendidih atau dirawat sahaja.
  6. Simpan makanan atau minuman dengan baik dan tertutup agar tidak dicemari.
  7. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  8. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  9. Menjaga kebersihan sekeliling dan membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

 

Jika anda mempunyai simpton penyakit ini, sila ke hospital dengan kadar segera!!

 

Sumber

Kementerian Kesihatan Malaysia

Berita Online Astro Awani (11 Februari 2017, 01 Disember 2016, 12 Ogos 2016)

Berita Online Konsumer Kini (05 Ogos 2010)

Buletin Suriafm (18 November 2016)

Page 1 of 3