SENARAI SEMAK BALIK KAMPUNG

“Pastikan raya anda selamat ketika pulang beraya”

 

  1. BARANG
  • Jangan tinggalkan wang tunai dan barang berharga di dalam rumah
  • Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki, dalam rak kasut di luar rumah.
  • Pastikan semua suiz telah dimatikan.
  • Pastikan semua plug peralatan elektrik dicabut dari sumber elektrik.
  • Pastikan tong gas anda telah ditutup
  • Bawa barang-barang yang penting sahaja
  • Beg dikemas dengan baik untuk penjimatan ruang.
  • Pastikan segala dokumen perjalanan/tiket telah dibawa bersama.

 

  1. KERETA
  • Pastikan kereta anda telah diservis dengan baik.
  • Pastikan minyak mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
  • Patuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan keluarga dan orang yang tersayang
  • Patuhi had kelajuan

Jalan persekutuan                : 90km/j

Lebuhraya dalam Bandar       : 90km/j

Lebuhraya antara Bandar       : 110km/j

  • Lorong kecemasan HANYA untuk KES dan KENDERAAN kecemasan SAHAJA
  • Ingat!!!“Don’t TEXT and DRIVE”
  • Semua penumpang memakai tali pinggang kaledar/car seat
  • Jaga jarak kenderaan anda dengan kenderaan lain.

 

  1. RUMAH
  • Pintu dan tingkap dikunci
  • Padlock dipasang di setiap pintu
  • Pasang autotimer lampu (sekiranya perlu)
  • Alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik
  • Beritahu jiran dan berikan nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan
  • Hentikan langganan surat khabar
  • Maklumkan ketiadaan anda kepada anggota bertugas di bilik gerakan polis.
  • Pastikan rumah bersih dan dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan.
  • Baca doa keluar rumah.

 

  1. PEMANDU
  • Rancang perjalanan anda
  • Mulakan perjalanan anda lebih awal.
  • Pastikan diri dalam keadaan sihat dan rehat yang mencukupi
  • Jangan balik dalam keadaan “rushing”
  • Berhenti di perhentian awam jika keletihan.
  • Bawa bekalan makanan atau minuman untuk mengelakkan mengantuk

 

INGAT Nombor telefon penting!!!

TALIAN KECEMASAN      999

PLUS                          1-800-88-0000

Unit Keselamatan & Kesihatan UniMAP
No 1 Blok D UniMAP Taman Pertiwi Indah 01000 Kangar Perlis
No.Tel : 04-9798411 | No.Faks : 04-9798351 | Emel : ukkp@unimap.edu.my

Please publish modules in offcanvas position.