RABIES

Pengenalan

Rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti.

 

Cara Jangkitan

Rabies merebak melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

 

Tempoh Pengeraman

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabies hingga timbul gejala.

 

Tanda Klinikal/Simptom

  • Demam
  • Radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)
  • Hidrofobia (Takut air)
  • Sawan
  • Koma
  • Sukar bernafas
  • Penyebabkan kematian 100% sekiranya mangsa tidak dirawat dengan segera.

paralytic rabies (sawan lumpuh)

  • Kehilangan deria
  • Lemah badan
  • Badan berasa sakit
  • Lumpuh

 

Rawatan

Jika terkena gigitan, rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun air yang cukup. Sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon. Rawatan ini hanya bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Diingatkan supaya segera dapatkan rawatan khusus di pusat kesihatan/hospital berdekatan.

 

Pencegahan

Vaksinasi untuk mencegah dari jangkitan rabies.

 

Langkah-langkah pencegahan

  1. Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  2. Segera bersihkan luka dengan sabun dan air jika digigit oleh haiwan dijangkiti atau berhubung dengan seseorang yang disyaki meghidap rabies.
  3. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.
  4. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar.
  5. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.
  6. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.
  7. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

 

*Jika terkena gigitan, rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun air yang cukup. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.

 

 SUMBER

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERAK

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BHONLINE, Jul 1, 2017 (3 budak dijangkiti penyakit anjing gila di Sarawak)

The Malaysian Insight, Jul 2, 2017 (3 kanak-kanak di Sarawak dijangkiti penyakit anjing gila)

Sarawakvoice.com, Jul 3, 2017 (34 kes rabies di Sarawak, Kerajaan Negeri sumbang RM100 ribu untuk tambah vaksin — Dr Sim)

Please publish modules in offcanvas position.