Adalah dimaklumkan bahawa En. Mohammad Izwan Shukri(Pejabat TNC Penyelidikan & Inovasi UniMAP) telah terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 31 Mac 2019 yang lalu. Beliau kini masih berada dan menerima rawatan di wad ICU Hospital Taiping, Perak.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban isteri dan keluarga beliau pihak UniMAP berhasrat untuk membuat kutipan sumbangan daripada staf Universiti ini. Sumbangan dari setiap jabatan boleh disalurkan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan diserahkan kepada pihak UKK sebelum atau pada 17 April 2019 (Rabu).

Sebarang pertanyaan pihak YBhg. Dato/Prof/Tuan/Puan boleh hubungi En Khairul Effendi - 017-620 4116 Cik Suhaiza 013-530 7764.

Semoga dengan keperihatinan dan sumbangan ikhlas dari pihak YBhg. Dato/Prof/ Tuan/Puan dapat meringankan lagi beban keluarga mangsa.

Muat Turun Borang Sumbangan disini