OSHE Training @ UniMAP

25
Feb
2020

Kursus Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja

RM450.00

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) Malaysia telah meletakkan garispanduan kepada majikan mahupun pekerja bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja.

Ia merupakan satu tanggungjawab utama kepada majikan untuk mengambil berat dan memastikan pekerja faham tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko.

We are no longer accepting registration for this event

11
Mar
2020

Kursus Pengenalpastian Hazard Penaksiran Risiko Dan Kawalan (HIRARC)

03-11-2020 8:30 am - 03-12-2020 5:10 am
RM450.00
Kursus Pengenalpastian Hazard Penaksiran Risiko Dan Kawalan (HIRARC)

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap di dalam sesebuah organisasi memerlukan kaedah pengurusan hazad di tempat kerja yang lebih sistematik dan efektif. Hazad di tempat kerja adalah berbeza dari sesebuah organisasi ke sebuah organisasi yang lain. Ia bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan oleh setiap pekerjanya dan juga persekitaran tempat mereka bekerja. Semua hazad boleh dikawal. Namun begitu hanya kaedah kawalan yang betul sahaja dapat memastikan pekerja dan staf tidak terdedah kepada bahaya tersebut.

Justeru itu, kursus ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti hazad di tempat kerja, membuat penilaian risiko terhadap hazad tersebut dan seterusnya mencadangkan tindakan kawalan yang terbaik untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap hazad tersebut (HIRARC).

We are no longer accepting registration for this event

21
Apr
2020

Kursus Pengurusan Keselamatan Mekanikal dan Elektrikal

RM450.00

Peranan dan tanggungjwab perlu saling berkait rapat antara satu sama yang lain, ianya harus ditekankan di dalam diri pelajar mahupun pekerja. Peranan majikan telah diperuntukkan dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (AKKP 1994). Majikan perlu melaksanakan sistem yang selamat dan sihat dengan menilai bahaya di tempat kerja, membuat penaksiran risiko dan mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan bahaya dapat dihapuskan atau dibendung, menyediakan keperluan keselamatan. Contohnya menyediakan latihan dan garispanduan kepada pekerja, mengkaji pematuhan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dari masa ke semasa dan mengambil langkah yang berjaga-jaga.

 

Contoh hazard yang sering berlaku adalah terkena renjatan elektrik, kecederaan semasa pengendalian mekanikal dan sebagainya.

25
Mar
2020

Kursus Keselamatan Kebakaran 2020

RM450.00

Pengenalan

Selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (1994) yang memastikan setiap premis yang mempunyai lebih daripada 40 orang pekerja perlu menubuhkan satu pasukan yang bertanggungjawab terhadap aspek- aspek keselamatan kebakaran dan kesihatan pekerja. Perkara ini adalah bagi memastikan setiap majikan dapat memahami tentang keperluan keselamatan di tempat kerja khususnya bahaya- bahaya kebakaran dan keselamatan persekitaran amnya ERT berperanan sebagai First Responder dalam memastikan tindakan awal dapat diambil bagi mengawal sebarang insiden kecemasan di dalam kawasan Universiti. Dengan adanya kursus dan latihan kepada Ahli ERT, mereka seharusnya berupaya dan mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan situasi kejadian kebakaran atau kecemasan yang lain. Kursus ini menerangkan fungsi dan tanggungjawab setiap ahli ERT dan jenis latihan yang perlu diikuti. Di samping itu terdapat juga prosedur-prosedur yang boleh dijadikan panduan apabila ERP menawarkan kefahaman persediaan kecemasan dengan teknik-teknik dan peralatan terkini dalam membantu membolehkan peserta melakukan tindakan memadam api, pengongsian dan menyelamat.

We are no longer accepting registration for this event

07
May
2020

Kursus Asas Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia

Antara peraturan berkaitan Bahan Kimia adalah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 dan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000.

Menjadi tanggungjawab majikan dalam memastikan prosedur penyimpanan, pengunaan, pelupusan serta pengurusan tumpahan bahan kimia berbahaya di tempat kerja diuruskan mengikut kelulusan Akta dan peraturan. Hal ini bagi mengurangkan pendedahan hazard dan risiko kepada kesihatan, kebakaran dan letupan serta kerosakan kepada alam sekitar.

 

16
Jun
2020

Kursus Pemanduan Selamat Jalan Raya

RM450.00

Kemalangan jalan raya melibatkan dalam perjalanan ke tempat kerja atau dari tempat kerja ke destinasi lain mencatatkan peratusan yang agak tinggi berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersama universiti awam. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan perjalanan berkaitan pekerjaan. Antaranya, pemakaian topi keledar tidak betul, cara menunggang secara bahaya, memandu melebihi had laju, keletihan dan juga kenderaan tidak diselenggarakan dengan betul.

Impak kemalangan ulang-alik kerja adalah sangat besar kerana ia bukan sahaja mengakibatkan pelbagai kecederaan kepada pekerja sehingga ada mengalami kecacatan kekal bahkan paling tragis kehilangan nyawa. Statistik juga menunjukkan trend kematian akibat kemalangan perjalanan pergi balik ke tempat kerja adalah lebih tinggi berbanding kemalangan di tempat kerja/industri.

Kesannya, keluarga mangsa kehilangan punca pendapatan manakala organisasi serta negara akan kehilangan pekerja mahir dan bagi Perkeso pula, situasi ini akan meningkatkan perbelanjaan agensi ini dari segi pampasan dan faedah yang perlu dibayar kepada waris mangsa.

Permasalahan ini memerlukan usaha bersepadu semua pihak terutama peranan majikan dan pekerja mengenai kepentingan pemanduan berhemah serta langkah-langkah ketika menghadapi sebarang kejadian kecemasan.

14
Jul
2020

Kursus Laporan dan Penyiasatan Insiden

RM450.00

Berbekalkan objektif mencapai pematuhan perundangan di bawah akta dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004-NADOPOD, kursus ini membantu menambahkan lagi pemamahan berkaitan perundangan dan keperluan organisasi, Selain itu, peserta dapat mengetahui elemen penting dalam pengurusan KKP dan bersedia dengan langkah pencegahan yang berlaku sekiranya berlaku semula kemalangan dimana kursus ini sangat sesuai dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.

18
Aug
2020

Kursus Pengenalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA) & Penilaian Risiko Dan Kawalan Ringkas (SiRAC)

RM450.00

Penaksiran Risiko Kesihatan Bagi Pendedahan Bahan Kimia Di Tempat Kerja (CHRA) adalah untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan kimia.

Penaksiran ini akan menilai risiko berdasarkan bahaya-bahaya yang terdapat pada bahan kimia dan juga tempoh pekerja terdedah kepada bahan tersebut semasa menjalankan tugas. Hasil penaksiran akan dapat membantu dalam menentukan langkah-langkah kawalan yang akan diambil.

Objektif utama menjalankan CHRA adalah supaya majikan dapat memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa menjalankan tugas sentiasa terjaga.

Seterusnya, menjalankan CHRA adalah merupakan kehendak perundangan di bawah Peraturan 9, USECHH 2000, OSHA 1994. Kegagalan menjalankan CHRA sekiranya terdapat bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja memboleh majikan di dakwa di Mahkamah.

15
Sep
2020

Kursus Pengurusan Buangan Terjadual

RM450.00

"Buangan Terjadual adalah bahan yang bersifat mudah terbakar, mudah menghakis, beracun dan mudah bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal atau separa pepejal (enapcemar)" - Seksyen 34B

Pengurusan Buangan Terjadual yang tidak selamat akan menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar, atmosfera, manusia, tumbuhan dan hidupan lain.

Kursus ini selaras dengan keperluan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 iaitu menyediakan latihan yang berkaitan dengan pengenalpastian, pengendalian, pelabelan, pengangkutan, penstoran dan tindak balas semasa tumpahan atau pelepasan buangan terjadual. Di samping menyokong penyataan Polisi Keselamatan & Kesihatan dan Pekerjaan uniMAP yang ketiga iaitu melaksanakan tanggungjawab dalam usaha mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan dengan mengenalpasti dan menilai risiko, mengambil tindakan pencegahan bagi mengurangkan kemalangan dan kecederaan yang boleh menyebabkan kerugian, kerosakan harta benda, kerosakan alam sekitar dan penyakit hasil dari pekerjaan.