Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat, sihat dan melindungi alam sekitar melalui budaya kerja yang sistematik oleh setiap pekerja, pelajar, pelawat dan kontraktor. Bagi menjayakan polisi ini, UniMAP akan memastikan langkah-langkah berikut dilaksanakan setakat yang praktik:

  1. Menjadikan pengurusan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar sebagai keutamaan.
  2. Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 dan akta-akta lain yang berkaitan.
  3. Melaksanakan tanggungjawab dalam usaha mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan dengan mengenalpasti, menilai risiko, mengambil tindakan pencegahan berlakunya kemalangan dan kecederaan bagi mengurangkan kerugian, kerosakan harta benda, kerosakan alam sekitar dan penyakit hasil dari pekerjaan.
  4. Mewujudkan pelan tindakan penambahbaikan, dari aspek kesedaran, kompetensi, komunikasi, kebajikan, tanggungjawab serta kerjasama antara pekerja dan majikan.
  5. Menilai semula dari semasa ke semasa, polisi, latihan, sistem, program dan prosedur kerja untuk peningkatan berterusan.

Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis

(Pindaan 5)

Please publish modules in offcanvas position.