Unit Keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti Malaysia Perlis

Penubuhan

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Malaysia Perlis secara rasminya ditubuhkan pada Februari 2004 dalam merealisasikan komitmen UniMAP untuk menyediakan suasana kerja yang selamat, sihat serta melindungi alam sekitar melalui budaya kerja yang sistematik oleh setiap staf, pelajar, pelawat dan juga kontraktor. Unit ini telah diletakkan dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Secara amnya, tanggungjawab UKKP adalah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan, pemeriksaan serta program latihan dan kompetensi selaras dengan kehendak Perundangan Negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan (1994), Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Alam Sekeliling 1974 dan sebagainya. Ianya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan setiap warga UniMAP serta pelawat yang berurusan di UniMAP.

Staf

Diawal penubuhannya, UKKP diterajui oleh Lt Kol (B) Azuddin Bahari selaku penyelaras bagi unit ini dari tahun 2004 hingga Mac 2016. Beliau merupakan perintis kepada pelaksanaan KKP di UnIMAP. Pada awal April 2016, unit ini telah diketuai oleh Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya sehingga sekarang. Kini UKKP terdiri daripada 9 orang staf bagi 4 bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, bahagian Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Pengurusan Bahan Kimia dan Persekitaran serta Bahagian Latihan dan Penerbitan. Setiap bahagian ini mempunyai fokus dan komitmen yang tertentu dalam memastikan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di UniMAP berjalan lancar seperti mana yang dikehendaki oleh pihak universiti.

Pencapaian

Sepanjang 14 tahun UKKP beroperasi, berbagai pengiktirafan dari dalam Jabatan dan peringkat kebangsaan telah berjaya diperoleh. Antara pengiktirafan yang diperolehi adalah Anugerah Inovasi UniMAP 2007, Tempat ke-3 Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2006.  Pada 2009, UKKP bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikro Elektronik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan telah membangunkan dan berjaya memperoleh pengiktirafan MS 1722:2005 dan OHSAS 18001:2007. Manakala pencapaian terkini adalah dimana UKKP berjaya membantu dan mengendali 4 buah makmal di 3 buah Pusat Pengajian terlibat; Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dalam mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 2018 oleh Jabatan Standard Malaysia.

 

 

April 2018

Tags: ,

Arkib

Powered by mod LCA

Penafian | Dasar PrivasiHakcipta | Bantuan Capaian |

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Universiti Malaysia Perlis No 1Blok D Taman Pertiwi Indah

Seriab , 010000 Kangar Perlis

Telefon: 04-9797756 | Fax: +604-979 8351 | Email: ukkp@unimap.edu.my

 

 

Please publish modules in offcanvas position.