Piagam Pelanggan

Kami berikrar :

Memastikan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua staf, pelajar, kontraktor dan pelawat

Menjamin tahap keselamatan dan kesihatan staf dan pelajar Universiti Malaysia Perlis dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut

  1. Pematuhan Akta
  2. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis setiap 3 bulan sekali dengan :
  3. Menghantar notis pemberitahuan mesyuarat 7 hari sebelum mesyuarat berlangsung.
  4. Menghantar minit mesyuarat 7 hari selepas mesyuarat dijalankan.
  5. Mendapatkan maklumbalas perkara yang diminitkan daripada ahli yang terlibat, 30 hari selepas mesyuarat dijalankan.

2. Menubuhkan jawatankuasa Penyiasatan Kemalangan dalam tempoh 3 hari selepas laporan diterima.

3. Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan di tempat kerja 2 bulan sekali.

i. Menghantar notis pemberitahuan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan 7 hari sebelum audit dijalankan.

ii. Mengemukakan laporan audit yang telah dijalankan 7 hari selepas audit dijalankan.

iii. Mendapatkan maklumbalas daripada laporan yang telah dikemukakan 30 hari selepas laporan dihantar kepada PTj.

 

4. Menguruskan pelupusan sisa buangan terjadual minimum dalam tempoh 2 kali setahun dengan :

i. Mengumpul maklumat mengenai status sisa buangan terjadual dari makmal/bengkel UniMAP setiap bulan.

ii. Pihak PTj akan memaklumkan dan pengesahan dengan borang permohonan pelupusan kepada UKKP

iii. Pihak UKKP akan berhubung dengan kontraktor berlesen contohnya Kualiti Alam untuk menetapkan tarikh pengambilan sisa berjadual.

iv. Pihak UKKP akan berhubung dengan PTj untuk menetapkan tarikh dan persediaan pengambilan sisa berjadual ini oleh kontraktor berlesen.

v. Pihak UKKP akan berurusan dengan pihak bendahari untuk pembayaran pelupusan ini kepada kontraktor berlesen.

 

5. Menguruskan perlaksanaan pendaftaran bahan kimia yang digunakan di semua makmal/bengkel PTj dalam tempoh 2 kali setahun dan mengemaskini rekod risalah keselamatan bahan kimia (CSDS/MSDS) untuk mematuhi keperluan undang-undang 'USECHH Regulation'.

 

B. Promosi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1. Melaksanakan aktiviti kursus/latihan bagi meningkatkan tahap kesedaran staf dan pelajar terhadap keselamatan dan kesihatan di UniMAP melalui :

i. Kursus kesedaran 4 kali setahun.

ii. Latihan kebakaran dan kecemasan 2 kali setahun.

iii. Kempen Keselamatan dan Kesihatan 1 kali setahun.

iv. Mengeluarkan maklumat kesihatan pada setiap 1 bulan sekali melalui medium emal dan laman web.

 

C. Pentadbiran

1. Merekodkan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan laporan dan dokumen berikut :

i. Laporan kemalangan, kebakaran dan penyakit pekerjaan yang dilaporkan.

ii. Senarai semak audit keselamatan dan kesihatan.

iii. Laporan audit keselamatan dan kesihatan yang dijalankan.

iv. Laporan maklubalas terhadap audit keselamatan dan kesihatan dari PTj.

v. Minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan UniMAP

vi. Senarai mesin jentera dan bahan kimia yang terdapat di UniMAP.

vii. Surat keluar/msauk.

 

 

Tags: ,
Unit Keselamatan & Kesihatan UniMAP
No 1 Blok D UniMAP Taman Pertiwi Indah 01000 Kangar Perlis
No.Tel : 04-9798411 | No.Faks : 04-9798351 | Emel : ukkp@unimap.edu.my

Please publish modules in offcanvas position.