Kuala Lumpur: Remaja lelaki patah tulang tapak tangan selepas tersepit di mesin cetak di Taman Perindustrian Kepong di sini, hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, tangan kanan mangsa, Muhammad Hafiz Muhamad Azhar, 19, tersepit ketika dia mengedalikan mesin itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Sabr Shamsuden berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian pada 5.11 petang.

"Kami menggunakan alat hidraulik untuk merenggangkan mesin sebelum mengeluarkan tangan kanan mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel dipetik dari MyMetro ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 7:44 PM