Bersempena cuti Tahun Baru Cina semua warga UniMAP diminta MENUTUP SEMUA SUIS serta MENCABUT SEMUA PLUG peralatan elektrik sebelum meninggalkan pejabat/makmal/asrama.

Dengan mencabut plug, kita boleh menjimatkan antara RM0.10-0.70 bagi satu peralatan.

Sekiranya sepanjang 10 hari peralatan ini terpasang, anggaran kos bil elektrik adalah

1. Sebuah komputer 'desktop' yang dibiarkan 'idle' akan menggunakan RM 6.48
2. Sebuah 'inkjet printer' yang dibiarkan terpasang (on) akan menggunakan RM 0.44
3. Sebuah 'laser printer' yang dibiarkan terpasang (on) akan menggunakan RM 11.48
4. Sebuah komputer 'desktop display CRT' yang dibiarkan terpasang akan menggunakan RM 5.70
5. Sebuah komputer 'desktop display LCD' yang dibiarkan terpasang akan menggunakan RM 2.42
6. Sebuah komputer riba yang dibiarkan dalam 'sleep' mode akan menggunakan RM 1.38
7. Sebuah komputer riba yang dibiarkan dalam 'on & charging' mode akan menggunakan RM 3.88
8. Sebuah komputer riba yang telah ditutup suis tetapi tidak ditanggalkan plug akan menggunakan RM 0.78


Data di atas adalah nilai bagi SATU unit peralatan. Tahukah anda terdapat RIBUAN komputer di dalam kampus kita ini?

**Data anggaran adalah berdasarkan nilai purata 'standby power', untuk 24 jam sehari, selama 10 hari dengan menggunakan tariff TNB untuk premis komersil (2014).