Kubang Gajah | 20 April 2016: Dato Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal selaku pemangku Naib Canselor UniMAP telah menandatangani mock dokumen sebagai simbolik kepada pelancaran Road Traffic Safety Management System (RTSMS) di perjumpaan bersama Naib Canselor. Turut menandatangani dokumen tersebut adalah Pengarah Jabatan Pembangunan Prof. Madya Mazlan Abd Hamid dan disaksikan oleh Pengarah Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP Dr. Irnis Azura Zakarya. 

Standard ISO 39001:2012 dirujuk sebagai panduan dalam melaksanakan implementasi terhadap sistem pengurusan keselamatan jalanraya. Sistem pengurusan keselamatan jalan raya dibangunkan sebagai mekanisme untuk membantu organisasi bagi mengurangkan atau jika ber upaya  untuk menghindarkan terus kemalangan dan potensi kematian serta kecederaan untuk pengguna jalanraya atau apa-apa perkaitan dengan jalanraya. Aplikasi sistem pengurusan ini dapat membantu organisasi dalam merancang penambahbaikan berterusan dan pengurusan kos yang lebih efektif terhadap sistem jalan raya.