Satu kursus telah diadakan bagi pendedahan kepada pihak atasan Universiti, Ketua Jabatan dan Dekan tentang “Risk Managemnet Implementation & ISO 31000:2009 for Corporate Excellence and Organizational” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Rasid Bin Hussin Pensyarah Pengurusan Risiko dari UUM.

Kursus ini telah diadakan pada 20 April 2016 di Bilik Seminar PPK Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis. Kursus ini telah dijalankan dalam dua sesi dimana sesi pertama dijalankan pada sebelah pagi khas untuk pihak atasan universiti manakala sesi kedua dijalankan pada sebelah petang khas untuk Ketua Jabatan dan Dekan.

Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah bagi menerapkan kesedaran dikalangan kakitangan universiti tentang kepentingan risiko yang berlaku di universiti dan memberikan kesan yang efektif kepada semua pihak universiti tentang risiko terhadap organisasi yang boleh membawa implikasi dari segi prestasi ekonomi dan reputasi profesional, serta alam sekitar. Oleh hal demikian, kursus ini memberi banyak manfaat dalam melakukan anjakan paradigma untuk membantu sesuatu organisasi melalui peningkatan dalam kecekapan operasi, keberkesanan taktik dan keberkesanan strategik organisasi.

 

Secara keseluruhannya kursus ini membawa manfaat bagi kakitangan universiti kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai risiko di dalam pengurusan Universiti. Justeru,ia dapat mengetahui cara menyelesaikan masalah dan tahu cara mengendalikan risiko di dalam pengurusan. Semoga kursus ini dapat diteruskan dan diadakan lagi pada masa akan datang, agar pihak pengurusan lebih peka dan tahu lebih mendalam lagi supaya ia menjadi lebih sistematik di dalam pengurusan.