KUALA KANGSAR, 9 Jun (Bernama) -- Sebanyak 10,069 kes kemalangan membabitkan golongan pekerja dalam perjalanan pergi dan pulang tempat kerja direkodkan sejak         Januari hingga April tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kes dicatatkan itu agak membimbangkan berikutan trend kemalangan terbabit, meningkat sejak tiga tahun lepas.

Beliau berkata, statistik kemalangan terbabit sepanjang tahun meningkat sejak 2013 iaitu sebanyak seperti berikut

  • 27,699 (2013)
  • 28,037 (2014)
  • 28,591 (2015)