Article Index

 

Kejadian wabak selsema burung (H5N1) dalam kalangan unggas di Kg. Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai bencana negeri oleh kerajaan negeri Kelantan. Virus H5N1 yang meyerang unggas dikesan pada 6 Mac yang lepas setelah beberapa ekor ayam di kampung tersebut mati. Exco Pertanian , Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata wabak berkenaan merebak dengan pantas meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah mengambil pelbagai langkah awal sebaik ia disahkan positif di kampung tersebut.

 

Kenali Selsema burung (H5N1)

Selsema burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus berbahaya, virus avian influenza (A1) yang boleh menjejaskan kesihatan yang teruk sehingga membawa kepada kematian. Selsema burung kebiasaannya boleh berjangkit kepada unggas seperti ayam, itik, burung dan angsa. Bukan manusia sahaja yang berisiko dijangkiti selsema burung malah haiwan-haiwan; kucing, anjing, khinzir, serta lembu, kerana semuanya mempunyai virus selsema tersendiri.

 

Penyebaran selsema Burung

Penyebaran selsema burung bisanya berlaku disebabkan oleh musim penghijrahan unggas dan pergerakan unggas yang terjangkit.. Hampir kesemua kes jangkitan selsema burung dalam kalangan manusia yang dilaporkan adalah disebabkan oleh sentuhan rapat dengan unggas terjangkit sama masih hidup atau telah mati, najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit, menyembelihan dan mengendali makanan dari sumber ternakan yang dijangkiti. Perpindahan biasanya berlaku secara terus daripada unggas yang dijangkiti virus. Manakala penyebaran secara terus ialah dimana manusia terdedah kepada persekitaran yang tercemar dengan H5N1 seperti menghirup udara yang sama dengan unggas yang terjangkiti.