Pada 16 Mac 2017, telah berlangsung dengan jaya Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2017 yang bertemakan SoaringUpwards yang berlangsung di Hotel Putra Regency Kangar. Majlis ASG Unimap bertujuan untuk meraikan di samping menyampaikan anugerah kepada 160 kakitangan staf di atas kecemerlangan yang ditunjukkan mereka sepanjang tahun 2017.

 

Majlis gilang-gemilang yang bertemakan keemasan merupakan acara wajib UniMAP bagi setiap tahun. Antara penerima anugerah pada hari tersebut adalah dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) iaitu En. Ishak Jainoo; Pegawai Latihan Vokasional telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala En. Muhammad Helmi B Abu; Penolong Pegawai Tadbir mendapat Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang. Turut diraikan kejayaan pelajar Latihan Industri di UKKP iaitu Siti Maisarah Md Akir dari kursus Fizik Gunaan, USIM dimana beliau mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari tersebut.