Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada En. Najmi bin Zakaria di atas segala khidmat bakti dan perkhidmatan yang cemerlang yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Untuk pengetahun, tarikh 3 November 2013 merupakan hari pertama En. Najmi mula berkhidmat di sini sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Namun pada 28 Februari 2017 beliau telah ditukarkan ke Unit PPK Alam Sekitar.

Oleh itu, kami pihak UKKP memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan En. Najmi terdapat salah dan silap yang disengajakan atau tidak disengajakan. Justeru pihak UKKP sentiasa mendoakan kecemerlangan walaupun dimana jua beliau berkhidmat. Hanya Allah sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti dalam bersama berganding bahu menggerakkan UniMAP amnya dan khususnya Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Semoga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin akan terus berkekalan. Selamat maju jaya diucapkan.

 

 

Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi tuan kami tidak lupa

Telah terpahat didalam hati

 

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

 Boleh kita berjumpa lagi.