Persediaan menghadapi musim banjir

 

  1. Sebelum
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di kawasan anda melalui hebahan radio, TV, Bilik Gerakan Banjir atau agensi-agensi yang terlibat.
  • Kenalpasti lokasi Pusat Pemindahan atau Pusat Bantuan Bencana berdekatan.
  • Sediakan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
  • Pastikan bekalan ubat dan peralatan kecemasan mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
  • Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu bayi, lampu suluh, beg pakaian sebelum diarah berpindah.
  • Pastikan dokumen-dokumen penting disimpan dalam bekas kalis air dan di tempat yang selamat.
  • Simpan nombor telefon yang penting seperti jiran, balai polis, hospital, balai bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
  • Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di tempat yang selamat sebelum diarah berpindah.
  • Pastikan keluarga anda dalam keadaan bersedia.

 

  1. Semasa
  • Segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan jika menerima arahan demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih terok.
  • Pastikan semua suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas ditutup sebelum meninggalkan rumah.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Ikut laluan perpindahan yang selamat dan ditentukan.
  • Jangan mengharungi kawasan banjir.
  • Jangan sentuh atau melalui kawasan yang terdapat kabel atau wayar yang terjatuh.
  • Jangan minum atau menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
  • Jika kenderaan anda tersangkut di kawasan banjir, keluar dan kunci kenderaan serta segera ke tempat selamat.

 

  1. Selepas
  • Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
  • Periksa keadaan paip gas, bekalan elektrik, tangki septik dan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
  • Pastikan anda memakai kasut ketika memasuki rumah.
  • Berhati-hati dengan binatang berbisa ketika memasuki rumah dan ketika mengalih barangan.
  • Jika terdapat sebaang kerosakan harta benda awam, laporkan kepada pihak berkuasa.
  • Jangan makan atau minum bekalan makanan yang terjejas akibat banjir.
  • Minum air bersih yang telah dimasak sahaja.
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa penyediaan makanan atau memegang barang-barang yang terjejas akibat banjir.

 

Talian penting:

 

Jabatan Bomba & Penyelamat Perlis

Kangar                                  04-976 0544

Arau                                      04-986 4444

Kuala Perlis                            04-985 5332

Padang Besar                         04-949 0094

 

Polis Diraja Malaysia

Kangar                                  04-908 2222

Arau                                      04-986 8222

Kuala Perlis                            04-985 4222

Padang Besar                         04-949 0824

Simpang Empat                     04-980 7222

Pondok Polis Pauh                 04-986 1222

 

Hospital Tuanku Fauziah

Kangar                                  04-976 3333

 

APM

Kangar                                  04-976 2510

Arau                                      04-988 6200

 

TNB 04-976 9239