MAJLIS BERSAMA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (MBKKP) BIL 30 (1/2018)

Pada 14 dan 15 Mei 2018, Universiti Malaysia Perlis telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) Bil. 30 (1/2018) yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pembangunan dan Penyelidikan (IPP). Tujuan penubuhan MBKKP adalah untuk menjadi sebuah badan yang memastikan IPT/IPP mempunyai peranan membantu kerajaan dalam menangani cabaran dari segi keselamatan & kesihatan pekerjaan pada masa kini dan akan datang.

Pada 14 Mei, telah diadakan satu lawatan bersama deligasi MBKKP ke Ladang Harum Manis, Bukit Bintang, Sg. Batu Pahat, Kangar, Perlis. Turut hadir sama ke lawatan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr. Uda Hashim serta Pengarah UKKP UniMAP, Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya. Semasa lawatan tersebut, ahli majlis dibawa menaiki kereta api mengelilingi ladang dan melihat sendiri cara pemprosesan buah Harum Manis dilakukan. Setelah selesai melawat ladang, ahli majlis dibawa untuk merasai keenakan dan kemanisan pulut Harum Manis serta jus Harum Manis yang menjadi simbolik kepada negeri Perlis.

Pada jam 10.00 pagi 15 Mei, mesyuarat MBKKP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, PPK Mekatronik, UniMAP kampus Pauh Putra. Antara barisan Pengasas MBKKP yang hadir adalah Prof. Datuk Dr. Omar Shawkataly (USM), En. Mohamad Zaip Ahmad (USM), Dr. Nor Azimah Chew Abdullah (UUM) dan En. Hasbullah Hj. Mustafa (MARDI).Segala persoalan dan permasalahan berkaitan KKP di setiap IPT/IPP terlibat dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat pada pagi tersebut. Pihak Urusetia mengucapkan ribuan terima Kasih buat semua deligasi yang telah hadir ke mesyuarat tersebut dengan jayanya. Tahniah.