Seluruh warga kerja Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H.
Maaf Zahir dan Batin minal 'aidin wal faizin. 
 
Jalan-jalan ke pasar raya,
Hendak membeli buah rambutan,
Hati-hati ketika beraya,

Jangan lupa jaga keselamatan.
 
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

"Semoga Allah SWT menerima amal ibadah Ramadhan kita dan semoga sambutan Syawal pada tahun ini sebagai satu titik tolak kepada kita semua untuk meluangkan masa bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama yang tersayang"