Fungsi makmal di sesebuah universiti adalah sebagai tempat untuk latihan amali kepada kerja-kerja penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan. Memandangkan kepada corak penggunaan makmal yang pelbagai, pengurusan dan tanggungjawab kakitangan makmal juga turut berubah. Aspek seperti organisasi makmal, peranan serta tanggungjawab kakitangan makmal dan keselamatan di dalam makmal sebelum, semasa dan selepas menjalankan kerja-kerja di makmal perlu diberi tumpuan. Manakala bidang-bidang keselamatan seperti rekabentuk makmal, kaedah merekodkan stok dan peralatan terutamanya bahan-bahan kimia yang merbahaya, tanda-tanda amaran, pakaian keselamatan, kaedah menyimpan dan menggunakan peralatan dan berbagai-bagai aspek lain juga perlu dititikberatkan agar dapat meningkatkan tahap keberkesanan makmaldan kualiti pengurusan makmal dengan lebih berkesan.

Objektif :

1. Membangunkan sebuah sistem pengurusan makmal yang sistematik.

2. Memudahkan proses penggunaan makmal dan penjadualan penggunaan makmal.

3. Membantu dalam penyediaan garis panduan dan kaedah pengurusan fasiliti bangunan yang lebih efisien dan tersusun.

4. Memudahkan proses menyimpan, mengemaskini dan carian berkaitan inventori peralatan makmal yang dapat dicapai oleh pengguna seperti status item atau peralatan di makmal serta lokasi item tersebut disimpan.

5. endedahkan penggunaan dokumen-dokumen penting seperti borang penyelenggaraan, borang keluar masuk peralatan, mesin dan jentera.