Pada tarikh 17 Oktober 2018 pihak UKKP telah menjalankan aktiviti pengumpulan Sisa Buangan Terjadual (SW) sesi ke-2 bagi tahun 2018 di premis-premis UniMAP. Pusat tanggungjawab (PTj) yang terlibat adalah dari PPK Bioproses, PPK Alam Sekitar, PPK Bahan, PPK Mikroelektronik (FA LAb & Cleanroom), PPK Mekatronik (BioBahan), Pusat Kejuruteraan (PCB Lab), Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Institut Agroteknologi Lestari, INEE dan Ambience di SME Bank Kuala Perlis. Antara kod SW yang dilupuskan terdiri daripada SW301, SW409, SW421 dan SW429.