Pada 18 Oktober 2018 pihak UKKP dan wakil dari PTj yang terlibat telah menjalankan aktiviti Pembungkusan Sisa Buangan Terjadual (SW) sesi ke-2 bagi tahun 2018 di Stor Simpanan Sementara PPK Bioproses, Jejawi. Sisa buangan dikelaskan mengikut kod-kod yang telah ditetapkan iaitu SW301, SW409, SW421 dan SW429. Terima kasih kepada staf-staf PTj-PTj yang terlibat dalam membantu semasa aktiviti dijalankan. Terima kasih jugak kepada dekan PPK Bioproses kerana memberi kebenaran penggunaan ruang Stor Penyimpanan SW di PPK Bioproses.