Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan oleh pasukan penguatkuasa Indonesia di lokasi kejadian. - Foto Reuters

 

Pada 29 Oktober 2018, pesawat Lion Air JT-610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu Indonesia Barat, terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa selepas 15 minit berlepas. Pesawat jenis Boeing 737-800 membawa seramai 189 orang penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dua bayi serta tujuh kru, sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung. Pesawat tersebut dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin.

Kementerian Luar menyatakan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, Indonesia. Namun pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

Seluruh warga UKKP menyampaikan ucapan belasungkawa dan dukacita buat seluruh rakyat Indonesia, khususnya keluarga dan teman-teman mangsa nahas pesawat Lion Air #JT610 yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, Indonesia. Semoga roh mangsa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Amin

 

Rujukan:

1. Suhaila, S.A. (2018, Okt 29). Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas Lion Air. BH Online. Retrived from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/492013/tiada-rakyat-malaysia-terbabit-nahas-lion-air

2. Khairulanuar, Y. (2018, Okt 30). Gambar anak kecil tidak terkecuali jadi mangsa tular nahas Lion Air. Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/gambar-anak-kecil-tidak-terkecuali-jadi-mangsa-tular-nahas-lion-air-1.777982