08 November 2018


Pihak UKKP telah mengadakan Program 'University Social Responsibility' (USR) bertemakan OSH in School bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar. Pendedahan tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah telah diberikan oleh En. Norazam Abdul Rashid serta En. Ishak Jainoo. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut seperti ceramah, kuiz, tayangan video dan juga sesi soal jawab.

Di akhir program, ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Pengarah UKKP, Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar dalam menjayakan Program USR tersebut. Tahniah dan terima kasih