14 November 2018


Pihak UKKP telah mengadakan Program 'University Social Responsibility' (USR) bertemakan OSH in School bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SKIPGM), Perlis. Pendedahan tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah telah diberikan oleh En. Norazam Abdul Rashid. 

Bagi mencungkil bakat dan fahaman pelajar tentang Keselamatan dan Kesihatan, satu aktiviti "Hunt for Hazard Fizikal di Sekolah" turut diadakan. Sebanyak 6 kumpulan dibahagikan bagi mengenalpasti hazard yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Pn. Nor Sharmila Shaari, selaku Guru Besar turut memeriahkan program dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang aktiviti.

Di akhir program, ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Pengarah UKKP, Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SKIPGM), Perlis dalam menjayakan Program USR tersebut. Tahniah dan terima kasih