APA ITU SICK BUIDING SYNDROME

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008) menjelaskan "Sick Building Syndrome" (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas. Kajian menunjukkan Kualiti Alam Sekitar yang Tidak Sihat (Poor Indoor Environmental Quality) adalah penyumbang kepada "Sick Building Syndrome".

Faktor lain yang boleh menyumbang kepada "Sick Building Syndrome" iaitu:

1. Bahan binaan bangunan dan Sanitasi yang buruk.

2. Perkakasan atau produk yang digunakan atau diletakkan berdekatan bangunan yang mengeluarkan wasap atau gas menyebabkan dermatitis sentuhan.

3. Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara sempurna, pengudaraan yang tidak baik (karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul di dalam bangunan)

4. Pencemaran dari luar atau dalam bangunan yang disebarkan oleh sistem penyaman udara.

5. Kulapuk, bacteria, kulat, dust mites dalam bangunan.

6. Faktor persekitaran (karbon monoksida daripada ekzos kereta yang diparkir berdekatan bangunan, suhu, kelembapan, bau, bunyi bising, elektro-magnetic field/vibration dalam bangunan, Volatile Organic Compound akan masuk dan berlegar melalui rekahan pada struktur yang tidak dibaiki).

 

Tanda dan gejala:

Tanda-tanda dan gejala Sick Building Syndrome dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan A :

  1. Sakit kepala
  2. Kelesuan
  3. Loya
  4. Pening

Kumpulan B :

  1. Sesak hidung
  2. Pembengkakan
  3. Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)
  4. Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu, nausea)

Kumpulan C:

  1. Batuk
  2. Nafas pendek
  3. Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut
  4. Disahkan jangkitan

 

Rawatan dan pencegahan:

  1. Penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman.
  2. Pihak pemaju dan operator pengubahsuai bangunan hendaklah tidak menggunakan bahan yang mengandungi bahan bertoksik. Pemasangan peralatan dan kelengkapan pejabat hendaklah dipilih, disimpan, dikendalikan dan digunakan dalam keadaan di mana pelepasan emisi adalah minimum (penggunaan organic volatile yang minimum).
  3. Jika proses pengubahsuaian sedang berjalan, kawasan yang tidak perlu pengubahsuaian perlu dilindungi persekitarannya dari kawasan pengubahsuaian.
  4. Pengawalan serangga dilakukan oleh pihak operator berlesen.
  5. Pembersihan berkala perlu diamalkan bagi mengawal habuk dan kekotoran dalaman.
  6. Syarikat pembersihan pejabat wajib memperolehi Lembaran Data Keselamatan Bahan Kimia (Chemical Safety Data Sheet).
  7. Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  8. Pihak majikan wajib mengadakan latihan, penyeliaan, menyediakan maklumat faktor serta cara mengelakkan "Sick Building Syndrome".
  9. Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  10. Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan,mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  11. Memasang pembersih udara.

 

Rujukan:

1) Portal Rasmi My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

2) Public Health Malaysia