Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dicalonkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk Audit Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2019 Peringkat ke-2.

Pada 05 November 2019 jam 09.30, pihak UKKP menerima kunjungan dari 2 orang ahli panel Juruaudit dari JKKP, Putrajaya. Sesi audit telah dimulakan dengan Majlis Pembukaan Audit KKP yang turut dihadiri oleh wakil majikan dan wakil ganti Jawatankuasa KKP UniMAP. Setelah selesai majlis, Naib Canselor YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad turut berbesar hati menerima kunjungan hormat dari delegasi Juruaudit JKKP Putrajaya di Pejabat Naib Canselor, Bangunan KWSP, Kangar, Perlis.

Audit Anugerah Cemerlang KKP yang diketuai oleh Tuan Jamadi bin Yusup diteruskan dengan sesi lawatan tempat kerja di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Kesihatan UniMAP dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik. Audit tersebut dibuat berdasarkan kepada pelaksanaan sistem pengurusan KKP di UniMAP. 

Sehubungan dengan itu, pihak UKKP ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada barisan panel Juruaudit diatas lawatan dan audit yang dijalankan. Terima kasih juga kepada PTJ yang terlibat dalam menjayakan audit tersebut. Pihak UKKP juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah kepada team UKKP kerana berjaya hingga ke peringkat kebangsaan.

 

#OSHEUniMAP

#KKP2019