25 November 2019 - Lawatan Penanda Aras dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan Jabatan Keselamatan (JKES) UniMAP dengan berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras dari delegasi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan Muhammad Nafis Bin Mohd Noor selaku Pegawai Keselamatan bersama 24 orang pegawai JKKP UniSZA turut diberi taklimat berkaitan KKP oleh Encik Norazam Abdul Rashid selaku ketua UKKP manakala taklimat berkaitan Keselamatan disampaikan oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil Ramli selaku Pengarah JKES dan ASP/PB Khairul Usaidi Harun.

Delegasi JKKP UnisZA turut dibawa melawat UniMAP, Kampus Tetap Pauh Putra. 

Pihak UniMAP terutama UKKP dan JKES mengucapkan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada delegasi JKKP UniSZA. Semoga lawatan ini mampu memberi lonjakan inspirasi kepada kedua-dua pihak untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan OSHE pada masa hadapan.

#DelegasiJKKPUniSZA
#OSHEUniMAP