Article Index

angar, 10 Februari – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-60 sekaligus menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam.

Majlis persaraan wajib dan ulang tahun kelahiran Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin selepas 33 tahun berkhidmat di sektor awam diraikan oleh kakitangan UniMAP yang diadakan sejak pagi menerusi aktiviti senamrobik, majlis doa selamat dan jamuan.

Datuk Kamarudin berkata, selama 33 tahun sebagai penjawat awam dan 13 tahun membangunkan UniMAP, banyak kenangan serta sejarah terlakar sejak awal penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Katanya, banyak perubahan sudah berlaku kepada UniMAP  yang berlaku di depan matanya menyebabkan kasih sayangnya pada UniMAP tidak akan pernah luntur.