Sebagai makluman Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah menerbitkan Garis Panduan Latihan Kawad Kebakaran dan Kecemasan. Tujuan garis panduan ini dikeluarkan bagi memudahkan semua staf dan jabatan untuk merancang dan mengadakan latihan kawad kebakaran & kecemasan. Setiap PTj digalakkan untuk mengadakan sekurang-kurangnya 1 kali setahun bagi memastikan semua penghuni bangunan mengetahui tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

Semua staf dan pelajar juga boleh memuatturun garispanduan ini di url http://osh.unimap.edu.my/v3/index.php/ms/info-bangunan-kemudahan