Salam Ramadhan, kepada seluruh warga UniMAP. Dari pemerhatian kami, Pengurusan stor sentiasa dianggap mudah bagi sesetengah pihak. Dari pemantauan yang telah dilakukan oleh UKKP menemui pelbagai jenis keadaan stor diseluruh ptj di UniMAP. Ada yang terurus dan ada yang gagal diurus dengan baik oleh pemilik stor.

Amat menyedihkan apabila stor tidak digunakan dengan betul dimana disimpan barang stok baru dengan barang yang terpakai. Ada juga stor disimpan dengan asset yang rosak atau tidak digunakan.

Tanpa kita sedari, jika sesebuah stor itu gagal diurus dengan baik ianya boleh mendatangkan pelbagai masalah samada dari sudut keselamatan,kesihatan dan juga pembaziran. Dalam pemerhatian dan temubual unit kami dengan PTj  mendapati kebanyakan staf tidak mengetahui kaedah atau tatacara yang tepat dalam menguruskan stor jabatan.

Dalam pengurusan stor pihak kerajaan melalui kementerian kewangan telah mengeluarkan pekeliling mengenai tatacara pengurusan stor kerajaan (Bil 5/2009). Tujuan utama pekeliling ini dikeluarkan bagi mengelakan pengurusan stor yang tidak teratur lemah, tidak cekap yang menjurus kepada pembaziran akibat kerosakan, kecurian dan susut nilai.

Biarpun pekeliling ini hanya menyatakan secara general namun pihak PTj boleh menambahbaik mengikut kesesuaian persekitaran selagi tidak mengubah fungsi stor tersebut. Ianya seperti aktiviti program 5S disetiap PTj. Perlaksanaan 5S membolehkan staf mengenalpasti barang yang perlu atau barang tidak perlu ada dalam stor.

Bagi stor yang disimpan dengan asset universiti, setiap staf yang dilantik untuk menguruskan asset perlu membuat semakan setiap tahun. Bagi peralatan baru perlu disemak susutnilai dan bagi peralatan yang rosak perlu dihantar bagi tujuan perlupusan. Kadang kala pihak PTj terlalu sayang dan takut untuk membuat perlupusan atas alasan barangan itu baru, rosak sikit, simpan untuk masa hadapan. Akibatnya stor dipenuhi dengan peralatan yang tidak sepatutnya ada dalam stor.

Jika difahami mengenai pengurusan asset kerajaan, terdapat pelbagai kaedah perlupusan seperti jualan,tukar beli , hadiah, tukar ganti dan musnah. Kadang kala pihak ptj hanya menganggap pelupusan hanya untuk peralatan yang rosak dan tidak boleh diganti. Maka dengan itu disimpanlah segala khazanah dalam stor. Ini menyebabkan fungsi stor semakin tidak mencapai objektifnya,

Jika kita memahami tatacara yang betul pengurusan stor akan menjadi mudah dan kita mampu mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini dan mengoptimumkan kewangan jabatan.