Assalamualaikum dan salam ramadhan, 

Seringkali kita dapat melihat di media mengenai kemalangan ditempat kerja yang mengakibatkan kecederaan dan kematian pekerja. Kejadian seperti ini telah mengakibatkan kerugian kepada kedua belah pihak samada pada agensi mahupun pekerja. Namun pekerja pasti akan menerima impak yang lebih yang mana mungkin boleh menyebabkan mereka kehilangan upaya atau kematian. Sebagai tanggungjawab majikan skim pampasan bagi kecederaan akibat bencana pekerjaan diwujudkan bagi melindungi staf yang bekerja

Agensi Badan Berkanun di Malaysia seperti Majlis Perbandaran atau Universiti-universiti awam merupakan satu agensi yang unik. Agensi badan berkanun boleh membuat pengambilan staf secara sendirian tanpa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam sepertimana Jabatan Kerajaan lain. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai skim perjawatan seperti sambilan, kontrak dan tetap. Perkhidmatan tetap, waran diperolehi terus dari JPA namun bagi staf kontrak/sementara/sambilan mereka dibiayai oleh agensi sendiri.

Bagi staf kontrak, skim pampasan yang terpakai kepada mereka adalah dibawah akta PERKESO. Skim pampasan ini merangkumi dari semua jenis kecederaan seperti penyakit pekerjaan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan kematian. Sumber pembiayaan adalah dari sumbangan caruman majikan dan pekerja pada setiap bulan. 

Bagi staf tetap, skim pampasan yang digunakan adalah ex-gratia. Skim ini merangkumi tuntutan hilang upaya kekal tapi masih boleh bekerja, hilang upaya kekal dan tidak dapat bekerja dan kematian. Sumber pembiayaan skim ini bagi agensi badan berkanun ini adalah ditanggung oleh agensi sendiri.

Kedua skim pampasan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun skim pampasan PERKESO adalah lebih jelas berbanding dari skim pampasan ex-gratia. Namun apa jua jenis skim pampasan ianya dibuat bagi menjaga dan melindungi kita.