1. Pengenalan
          Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di bawah seksyen 30 telah mewajibkan mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja melebihi 40 orang untuk menubuhkan J/Kuasa Keselamatan dan Kesihatan. Ini bertujuan untuk menggalakkan perundingan antara majikan dan pekerja berhubung isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan yang berbangkit di tempat kerja. Fungsi J/Kuasa ini dipandu oleh peraturan di bawah Akta KKP 1994 iaitu Peraturan J/Kuasa Keselamatan dan Kesihatan 1996. Kursus ini dijalankan bagi memastikan J/Kuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan di PTJ memenuhi kehendak akta dan peraturan. 
2. Objektif
  1. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran, dan peserta mengenai Akta KKP 1996.
  2. Mengetahui perjalanan dan fungsi J/Kuasa KKP dengan mempraktikkan apa yang terkandung dalam akta.
  3. Mendedahkan staf dalam memahami prosedur serta dapat mengenalpasti ketidakpatuhan dalam KKP dan mengambil tindakan segera agar fungsi J/Kuasa dapat membantu dalam memperkemaskan pengurusan KKP di UniMAP.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua ahli J/Kuasa KKP
4. Kandungan Kursus
Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (sekiranya diperlukan) dalam bentuk ceramah, bengkel, perbincangan, ujian sebelum dan selepas kursus. Topik-topik yang akan kendalikan di dalam kursus ini adalah seperti berikut:-

    i)   Pemahaman Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996  dan kepentingannya.
    ii)  Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pelaksanaannya di UniMAP
    iii) Bekerja secara selamat di tempat kerja.
    iv) Penjelasan tentang kemalang dan kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.
    v)  Penyiasatan kemalangan.
5. Tarikh & Tempat
25 Februari 2016 / Bilik Seminar Zaaba