1. Pengenalan
Pada 27 Mac, pukul 8.30 pagi pendaftaran peserta kursus pengurusan selamat bahan kimia, anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP. IR Nimi bt Ahmad dijemput untuk memberi taklimat pada hari tersebut. IR Nimi bekerja sebagai OSH Consultant, beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bekerja selama 14 tahun di DOSH Malaysia (1986-2001), 2 tahun bekerja di Exxonmobil, pensyarah sambilan di UTM, UUM, OUM, UiTM , UniMAP an MSU Shah Alam. Beliau juga berpengalaman sebagai pelatih atau pemeriksa untuk NIOSH (1997 hingga sekarang). IR Nimi mempunyai Master dalam ‘Industrial Safety Management’ UKM. Peserta yang hadir adalah daripada unit-unit yang berkaitan.
2. Objektif
Objektif kursus ini adalah memberi penerangan terhadap ‘hazard’ dan keperluan perundangan keselamatan bahan kimia. Selain itu memastikan peserta dapat mempraktikkan kaedah yang dipelajari dalam mengenalpasti ‘hazard’ serta menilai risiko ‘hazard’ kimia. Objektif terakhir adalah untuk menggunakan atau mempraktikkan pengetahuan dari kursus ini di tempat kerja.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada 30 orang staf dari pengurus makmal dan staf teknikal.
4. Kandungan Kursus
Pada sesi pagi peserta diberi pendedahan tentang kepentingan terhadap penilaian keselamatan bahan kimia, serta risiko kesihatan terhadap bahan kimia pada jangka masa pendek mahupun panjang. Dalam bahagian perundangan bahan kimia, cara-cara penstoran atau simpanan bahan kimia telah diterangkan. Pengurusan selamat bahan kimia terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengenalpastian, penstoran dan pelupusan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri. Pada sesi petang aktiviti berkumpulan dijalankan diberi tugasan dari IR Nimi untuk membincangkan tentang pengurusan bahan kimia. Kursus ini tamat pada pukul 5 petang.
5. Tarikh & Tempat
27-28 Mac 2018 / Bilik Seminar Za`ba UKKP