1. Pengenalan
          UniMAP merupakan sebuah universiti yang sangat terkenal dengan hasil penyelidikan yang berkualiti tinggi. Penyelidikan yang bertaraf dunia ini telah membawa nama UniMAP ke persada antarabangsa. Dalam keghairahan para penyelidikan menjalankan penyelidikan, mengerah akal fikiran untuk menciptakan suatu inovasi dan penciptaan yang unggul, membuat penemuan terhadap proses-proses dan teknologi termaju, terfikirkah mereka terhadap aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu diambil perhatian dan dipatuhi semasa bekerja? 
         Justeru itu, Kursus Keselamatan Mesin dan Jentera perlu dijalankan bagi memastikan staf UniMAP dilatih untuk bekerja dengan selamat menggunakan mesin dan jentera.
2. Objektif

Objektif kursus ini diadakan adalah :-

  1. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada staf tentang hazad yang terhasil daripada mesin dan jentera, cara bekerja yang selamat serta kaedah terbaik menguruskan hazad fizikal.
  2. Melatih staf untuk  membuat menjalankan HIRARC, membangunkan prosedur selamat penggunaan mesin dan jentera, menjalankan pemantauan keselamatan dan mencadangkan label-label keselamatan yang perlu dipamerkan semasa bekerja.
  3. Mendedahkan staf kepada keperluan perundangan yang wajib dipatuhi semasa bekerja dan mengendalikan peralatan mesin dan jentera.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua staf yang bekerja dengan peralatan mekanikal dan jentera. Keutamaan juga diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan setiap PTj.
4. Kandungan Kursus

Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (sekiranya diperlukan) dalam bentuk ceramah, bengkel, perbincangan, ujian sebelum dan selepas kursus. Topik-topik yang akan kendalikan di dalam kursus ini adalah seperti berikut:-

  1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Kilang dan Jentera dan Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mesin dan jentera.
  2. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pelaksanaannya di UniMAP
  3. Pengenalpastian hazad fizikal, menilai risiko dan kawalan
  4. Prosedur Kerja Selamat (Safety Operating Procedure) semasa pengendalian mesin dan jentera
  5. Penyenggaraan Mesin dan Jentera menurut Akta Kilang dan Jentera dan Peraturan-peraturan yang berkaitan.
  6. Pemeriksaan keselamatan terhadap mesin dan jentera
5. Tarikh & Tempat 
20 - 21 April 2016 / Bilik Seminar Za`ba UKKP