1. Pengenalan 
          Seringkali kita terdengar atau melihat sendiri begitu banyak insiden kecemasan seperti kebakaran berlaku yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit ada juga yang kehilangan nyawa. Tahukah kita bahawa ia masih boleh dikawal di peringkat awal?
          Amat penting kita mengetahui langkah-langkah persediaan dalam situasi kecemasan agar dapat mengurangkan kerugian, kerosakan dan menyelamatkan nyawa.
2. Objektif
Program ini dibentuk adalah untuk meningkatkan kefahaman persediaan kecemasan dengan teknik-teknik dan peralatan-peralatan terkini di dalam membantu membolehkan mereka melakukan tindakan pemadaman, pengungsian bangunan dan penyelamatan. Disamping itu untuk mewujudkan prosedur dan dokumentasi berkaitan tindakan kecemasan di tempat kerja. 
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada Ahli Jawatankuasa Kecil Pasukan Penyelamat PTj.
4. Kandungan Kursus

Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan akan diadakan ceramah, latihan praktikal, ujian sebelum dan selepas kursus.


Tentatif kursus adalah seperti berikut:-
Hari Pertama
Modul 1 : Kecemasan dan Bencana.
Modul 2 : Matlamat dan Objektif Pelan Tindakan Persediaan dan Tindakan Kecemasan.
Modul 3 : Akta dan Peraturan berkaitan Keselamatan dan Kecemasan di Tempat Kerja. (OSHA 1994, FMA 1967, UBBL 1984, FSA 1988, MKN 20 dll)
Modul 4 : Memahami Jenis-Jenis Kecemasan. (Kebakaran, Tumpahan Bahan Kimia, Letupan, Ancaman Bom dll)


Hari Kedua
Modul 5 : Pembentukan Prosedur Persediaan dan Tindakan Kecemasan.
              Tanggungjawab dan Organisasi.
              Keperluan Persediaan Kecemasan.
              Tindakan Semasa Kecemasan.
              Perlaksanaan dan Komunikasi.
Modul 6 : Pasukan Tindak Kecemasan. (ERT)
Modul 7 : Peralatan Kecemasan.  (Pemadam Api, Pili Bomba, Panel Kebakaran, PPE, Pengusung, SCBA, First Aid                   Box dll)
Modul 8 : Latihan Kecemasan, Ujian dan Penambahbaikan.
Modul 9 : Kajian kes dan pengalaman-pengalaman menghadapi kecemasan di tempat kerja.

5. Tarikh & Tempat
12 - 13 Mei 2016 / Bilik Seminar Za`ba UKKP