1. Pengenalan 
          Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan sebuah jawatankuasa yang diwujudkan untuk memacu dan memantau keselamatan dan kesihatan orang-orang yang bekerja di dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih wajib mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selaras dengan Seksyen 30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
          Sehubungan dengan itu, UniMAP telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan telah bermesyuarat buat kali pertama pada 1 Februari 2005. Di antara fungsi utama jawatankuasa ini adalah membantu UniMAP dalam merangka dan mewujudkan sitem kerja yang selamat dan sihat kepada para staf dan pelajarnya.
          Bagi memastikan jawatankuasa ini berfungsi dengan baik, maka latihan perlu diberikan kepada ahli-ahlinya agar keberkesanan jawatankuasa ini terserlah. Justeru itu, Kursus Keberkesanan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dicadangkan diadakan kepada ahli-ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat UniMAP dan PTj agar mereka tahu fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa ini dalam mewujudkan UniMAP sebuah kampus yang selamat dan sihat untuk staf dan pelajarnya.
2. Objektif

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kesedaran, kemahiran dan pengetahuan peserta dan membolehkan peserta untuk:

  1. Memahami dan memenuhi perundangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  2. Menghuraikan tujuan dan pemakaian Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  3. Memahami kehendak keselamatan dan kesihatan yang diperuntukkan seperti mewujudkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, analisa keselamatan kerja dan pelan tindakan kecemasan.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua staf dengan keutamaan diberikan kepada ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk wakil majikan, wakil pekerja, penyelia.
4. Kandungan Kursus

Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (sekiranya diperlukan) dan akan diadakan ceramah, bengkel perbincangan, ujian sebelum dan selepas kursus.

Tentatif kursus adalah seperti berikut:-


Hari Pertama
Modul 1 : Pengenalan kepada Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan
Modul 2: Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) – menerangkan kehendak dan keperluan akta serta peraturan-peraturan dibawahnya.
Modul 3: Faktor dan kos kemalangan
Modul 4: kesedaran keselamatan dan prinsip keselamatan – menerangkan 6 prinsip keselamatan dan kesedaran keselamatan
Modul 5: Pusingan keselamatan – 5 langkah

  • Tentukan
  • Berhenti
  • Perhatikan
  • Fikir
  • Bertindak

Penerangan dan perbincangan dalam kumpulan

Modul 6 : Analisa Keselamatan Kerja (HIRARC)

Hari Kedua
Modul 7 : Tafsiran Peraturan-peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1996
Modul 8 : Kriteria keberkesanan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Modul 9 : Pemeriksaan kawasan oleh peserta kursus – Aktiviti Kumpulan : Perbincangan dan Pembentangan
Modul 10 : Pencegahan Kemalangan dan Penyiasatan Kemalangan
Modul 11 : Pelan Tindakan Kecemasan

5. Tarikh & Tempat
24 - 25 Mei 2016 / Bilik Seminar Za`ba UKKP