1. Pengenalan 
          Kemalangan atau kejadian berbahaya seringkali berlaku di tempat kerja yang berpunca daripada perbuatan atau tindakan manusia serta persekitaran yang tidak selamat. Jika tidak dicegah dengan sebaik mungkin, kemalangan boleh mengakibatkan kerugian harta benda yang sangat besar dan kehilangan nyawa yang sangat berharga. Sekiranya sesuatu kemalangan berlaku di tempat kerja, ia perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab selaras dengan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004. Seterusnya penyiasatan perlu dilakukan  bagi mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemalangan dan mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan supaya kejadian yang sama tidak berulang.  

          Teknik analisis terhadap kemalangan atau kejadian berbahaya di tempat kerja perlu dijalankan oleh orang-orang yang kompeten iaitu mereka yang terlatih untuk menjalankan penyiasatan kemalangan. Hal ini kerana dapatan daripada penyiasatan kemalangan adalah sangat penting untuk menentukan jenis kawalan hazad yang seharusnya dijalankan terhadap aktiviti atau tempat yang berbahaya. Jika salah menentukan punca kemalangan, maka tindakan kawalan hazad yang dijalankan akan menjadi tidak berkesan dan boleh mengundang kejadian yang sama berulang lagi. Apa yang lebih dibimbangkan adalah jika tindakan kawalan yang dijalankan akan mengundang bahaya yang lebih besar lagi berbanding kejadian sebelum ini.

          Oleh itu, staf UniMAP khususnya kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu dilatih agar dapat mengetahui  teknik analisis kemalangan dengan betul, lebih efektif dan berkesan terhadap kejadian yang berlaku di tempat kerja masing-masing.
2. Objektif
  • Program ini dibentuk  bertujuan untuk menerangkan prosedur pelaporan dan penyiasatan kemalangan yang terdapat di UniMAP.
  • Mengetahui kaedah yang sistematik dalam penyisatan kemalangan di tempat kerja bagi mencegahnya dari berulang.
  • Memahami kehendak perundangan yang berkaitan kemalangan dan penyiasatan di tempat kerja.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua staf dengan diberikan keutamaan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan & Ahli Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya.
4. Kandungan Kursus

Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (sekiranya diperlukan) dan akan diadakan ceramah, bengkel perbincangan, ujian sebelum dan selepas kursus.
Kandungan kursus adalah seperti berikut:-


Hari Pertama
Modul 1 : Kehendak Perundangan Berkaitan Kemalangan
              -    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
              -    AKta Kilang dan Jentera 1967
              -    Peraturan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996
              -    NADOOPOD 2004
Modul 2  : Keperluan dan Teknik Penyisatan Kemalangan
              -    Teori-teori punca kemalangan
              -    Persediaan dan peralatan siasatan
              -    Analisa punca kemalangan
              -    Prosedur dan Strategi Penyiasatan


Hari Kedua
Modul 3 : Proses Penyisatan Kemalangan
              -    Pelaporan Kemalangan
              -    Pembentukan pasukan penyisatan
              -    Penyisatan di lokasi kejadian
              -    Kaedah menemuduga mangsa dan saksi
              -    Membezakan fakta sebenar dan rekaan
              -    Menentukan punca kemalangan
              -    Mendokumenkan proses penyisatan kemalangan
              -    Mengumpul bukti, data, rumusan, dan penyediaan laporan
              -    Membuat cadangan pembetulan dan pencegahan
Modul 4 : Kajian Kes dan Perbincangan

5. Tarikh & Tempat
15 - 16 Jun 2016 / Bilik Seminar Za`ba UKKP