1. Pengenalan 
          Kursus Pertolongan Cemas Asas merupakan kursus yang dijalankan setiap tahun kepada staf UniMAP. Kursus ini merupakan kursus pensijilan (Kompetensi) yang melayakkan staf menjalankan rawatan pertolongan cemas walau di mana sahaja mereka berada. Memandangkan staf dan pelajar UniMAP sering kali terdedah kepada hazad pekerjaan dan jalanraya, justeru itu, adalah perlu bagi mereka mengetahui cara yang betul memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan sebelum menerima bantuan di klinik atau hospital. Rawatan awal dapat membantu mengurangkan kesakitan mangsa dan mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk.
2. Objektif
Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan staf yang kompeten menjalankan bantuan mula semasa keadaan memerlukan.
3. Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada 30 orang staf dari Jawatankuasa ERT.
4. Kandungan Kursus
Kandungan Kursus adalah seperti berikut:-
             i.    Teori
                   -    Modul 1 – Pengenalan
                   -    Modul 2 – Keselamatandan Cara Pencegahan
                   -    Modul 3 – Kecederaan  Tisu Lembut
                   -    Modul 4 – Pembalut dan Balutan
                   -    Modul 5 – Renjatan
                   -    Modul 6 – Penilaian Asas Pesakit
                   -    Modul 7 – Kecederaan Tulang, Rangka, Sendi dan Otot
                   -    Modul 8 – Kecederaan Kepala dan Tulang Belakang
                   -    Modul 9 – Kecederaan Terbakar
                   -    Modul 10 – Bantun Hidup Asas (Cardiopulmonary Resuscitation-CPR)
                   -    Modul 11 – Mengangkat Pesakit

             ii.    Peperiksaan :  Teori, Lisan, Praktikal CPR  
                   
                    Markah lulus: -    teori – markah lulus - 50%
                                      -    praktikal – lulus/gagal
5. Tarikh & Tempat
8-9 Mei 2018 / Bilik Seminar Za`ba UKKP