1. Pengenalan 
          Penggunaan pelbagai bahan kimia di UniMAP adalah penting bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Bahan kimia perlu dikendalikan dengan baik berasaskan konsep “cradle to grave” bagi memastikan ia tidak mendatangkan mudarat kepada manusia dan mencemarkan alam sekitar.
          Di UniMAP, pelupusan sisa buangan terjadual dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober. Melalui pemerhatian pihak UKKP, masih terdapat lagi sisa bahan kimia yang tidak diuruskan dengan baik oleh pusat-pusat pengajian dan juga kluster penyelidikan seperti sisa kimia dibuang melalui sinki, sisa kimia tidak dilabel, sisa kimia tidak disimpan dalam bekas yang sempurna dan lokasi penyimpanan tidak sesuai dan sebagainya.
          Bagi mengelakkan kesan yang negatif terhadap pengurusan sisa kimia yang tidak sempurna ini maka UKKP mengambil inisiatif untuk menjalankan kursus ini agar staf yang bertangungjawab dapat menguruskan sisa buangan terjadual ini dengan lebih sempurna dan mematuhi peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.
2. Objektif

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk :-

  1. Menerangkan kepada staf berkenaan peraturan yang harus dipatuhi semasa mengendalikan sisa buangan terjadual,
  2. Menerangkan kepada staf tentang prosedur pelupusan buangan terjadual di UniMAP yang termasuk di dalam prosedur ISO 9001,
  3. Memberi garis panduan pemilihan kaedah penyimpanan dan tempat penyimpanan yang sesuai di premis UniMAP,
  4. Memberi pendedahan kepada staf tentang bahaya yang mungkin berlaku jika sisa bahan terjadual ini tidak diuruskan dengan baik.
3. Kumpulan Sasaran
Peserta terdiri daripada 35 orang staf UniMAP yang menguruskan sisa bahan kimia di jabatan masing-masing.
4. Kandungan Kursus
Kursus ini akan dikendalikan dengan kaedah ceramah yang interaktif dalam Bahasa Malaysia.
5. Tarikh & Tempat
23 Ogos 2016 / Bilik Seminar Za`ba, UKKP