1. Pengenalan 

          Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap di dalam sesebuah organisasi memerlukan kaedah pengurusan hazad di tempat kerja yang lebih sistematik dan efektif. Hazad di tempat kerja adalah berbeza dari sesebuah organisasi ke sebuah organisasi yang lain. Ia bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan oleh setiap pekerjanya dan juga persekitaran tempat mereka bekerja. Semua hazad boleh dikawal. Namun begitu hanya kaedah kawalan yang betul sahaja dapat memastikan pekerja dan staf tidak terdedah kepada bahaya tersebut.

          Justeru itu, kursus ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti hazad di tempat kerja, membuat penilaian risiko terhadap hazad tersebut dan seterusnya mencadangkan tindakan kawalan yang terbaik untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap hazad tersebut (HIRARC).

2. Objektif

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk :-

  1. Melatih staf untuk memahirkan diri dalam mengenalpasti hazad di tempat kerja,
  2. Melatih staf membuat penilai risiko terhadap hazad tersebut,
  3. Memberi garis panduan pemilihan kaedah kawalan hazad yang terbaik dan praktikal dijalankan di UniMAP,
  4. Memberi persediaan ke arah pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
3. Kumpulan Sasaran
Peserta terdiri daripada 35 orang daripada kumpulan pengurusan dan profesional.
4. Kandungan Kursus
Kursus ini akan dikendalikan dalam dwi bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) dengan pendekatan ceramah yang interaktif dan perbincangan di dalam kumpulan yang dinamik.
5. Tarikh & Tempat
1-2 Ogos 2018 / Bilik Seminar Za`ba UKKP